MEI 2026 : WEBINAR NADI E-SUKAN – 2D ANIMATION II




| Tarikh : 23 MEI 2026 |
| Masa : 9:00 Pagi – 1:00 Petang |
| Lokasi : NADI Kg Tersusun Batu 8 |
| Peserta: 3 orang |
TUJUAN :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan teknik penghasilan animasi 2D dalam bidang e-sukan dan kreatif digital. Selain itu, program ini dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi animasi, mengembangkan kreativiti serta memberi peluang mempelajari kemahiran digital yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan kerjaya masa hadapan.
AKTIVITI :
Aktiviti yang dijalankan sepanjang webinar termasuk penerangan asas animasi 2D, tunjuk cara penggunaan perisian animasi, latihan menghasilkan pergerakan karakter, perkongsian teknik suntingan animasi serta sesi interaktif bersama tenaga pengajar secara online.