KESELAMATAN
BALAI POLIS TANJUNG RAMBUTAN
Balai Polis Tanjung Rambutan adalah khusus untuk meningkatkan keselamatan awam, mengurangkan rasa takut dan kejadian jenayah di kawasan sekitar. Hubungan baik antara balai polis ini dengan jkkk kg tersusun batu 8 dapat dilihat setiap bulan, kerana wakil dari balai polis tanjung rambutan akan hadir ke mesyuarat bulanan kg tersusun batu 8 untuk memaklumkan kadar jenayah yang berlaku di kawasan kg tersusun batu 8.
|
No Telefon Balai Polis Tg. Rambutan : 05 – 5331222 Email : kpb_tgrambutan@rmp.gov.my Portal Rasmi Polis Di Raja Malaysia : http://www.rmp.gov.my/direktori/direktori-pdrm/perak/ipoh |
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT IPOH
Perkhidmatan Bomba disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat kebombaan dan penyelamatan kepada masyarakat seperti Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran, Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran dan Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau :
|
No Telefon Balai Bomba Ipoh : 05 – 547 2596 / 547 4444 Portal Jabatan Bomba & Penyelamat Page Break Read More |