“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
Biasanya seorang individu itu akan melalui beberapa jenis peringkat pendidikan seperti :
- Tadika
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Institusi Pergajian Tinggi
Antara tempat pendidikan yang terdapat berhampiran dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tersusun Batu 8 adalah :
1) TASKA PERMATA KEMAS
Taska permata kemas kg tersusun ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dibawah selian kemas negeri dan betul – betul bersebelahan dengan PEDi Kg Tersusun Batu 8, taska ini menerima murid – murid dari umur 2 tahun hingga 4 tahun. kedudukan kawasan taska ini yang betul di tengah kampung tersusun menjadikan ia pilihan ibubapa yang bekerja untuk menghantar anak mereka ke taska ini kerana dekat dengan rumah dan senag untuk manghanatar anak mereka.
2) TABIKA KEMAS KG TERSUSUN BATU 8
Tabika kemas yang mula beroperasi pada tahun 2003 ini berkongsi bangunan dengan Taska Permata Kemas Kg Tersusun Batu 8. Tabika kemas ini menerima murid dari umur 5 tahun hingga 6 tahun. kebayakan murid tabika kemas terdiri daripada anak-anak penduduk kampung tersusun dan juga murid dari taska permata kemas yang telag berumur 5 tahun keatas.
3) SEKOLAH RENDAH
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.
Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.
Terdapat 6 buah sekolah rendah yang berdekatan dengan PEDi Kg Tersusun Batu 8 dan sering menjadi pilihan penduduk setempat, iaitu terdiri daripada 4 buah sekolah kebangsaan dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan. antara sekolah – sekolah tersebut ialah :
a) Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (skpph)
Merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 3.1 kilometer dari kg tersusun batu 8 di negeri perak. Pembinaan SKPPH ini bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak BrigedUtara Pasukan Polis Hutan. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia,Mohamed Khir Johari pada ketika itu.
b) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putra (SKBBP)
Sekolah ini ditempatkan didalam kawasan perumahan Bandar Baru Putra, Bercham. Jarak sekolah dari PEDi Kg Tersusun Batu 8 ialah 5.2 km. SK Bandar Baru Putera adalah berstatus luar bandar dan dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan hasrat kementerian untuk mewujudkan sekolah 1 sesi di negara ini. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2002. Kebanyakkan pelajar sekolah ini adalah dari sekitar taman perumahan Bandar Baru Putera, Bercham.
facebook : https://www.facebook.com/skbbputera/
c) SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG RAMBUTAN (SKTR)
Sekolah yang terletak dalam jarak 3 km dari kg Tersusun Batu 8 ini telah lama ditubuhkan oleh kerajaan. sekolah yang bersesi sebelah pagi sahaja ini turut menempatkan murid-murid pra sekolah yang berusia antara 5 – 6 tahun.
d) SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TANJONG RAMBUTAN
Sekolah yang terletak di dalam kawasan pekan tanjung rambutan telah dibuka pada tahun 1929, jarak sekolah ini dengan kg tersusun batu 8 dalam lingkungan 4 kilometer sahaja. SK Methodist ini mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu di sebelah pagi bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 manakala disebelah petang bagi pelajar tahun 1,2, dan 3.
e) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) TAT CHOI
Satu-satunya sekolah jenis kebangsaan cina bawah selian kerajaan yang terdapat di bandar Tanjung Rambutan, sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1913 ini terletak berhampiran pasar besar tanjung rambutan dan cuma 3.5 km dari Kg Tersusun Batu 8. majoriti murid sekolah ini ialah kaum cina tetapi masih terdapat juga murid-murid dari kaum lain yang turut berlajar di SJK(c) Tot Choi ini.
f) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) TANJONG RAMBUTAN
Sekolah yang dibina oleh kerajaan ini merupakan satu-satunya sekolah jenis kebangsaan tamil yang berhampiran dengan pekan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. majoriti murid sekolah ini ilah kaum india,sekolah ini juga turut menempatkan murid pra-sekolah.
Sekolah ini beropersi pada dua sesi pembelajaran dimana sesi pagi bagi murid tahun1,tahun3,tahun4,tahun5 dan tahun 6 manakala di sesi sebelah petang ialah untuk pelajar tahun 2 sahaja .
facebook : https://www.facebook.com/pages/SJKTTanjong-Rambutan
4) SEKOLAH MENENGAH
Sekolah menengah awam merupakan pelanjutan daripada pendidikan rendah. Pengajian ini melibatkan usia 13 hingga 17 tahun dan para pelajar belajar bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pendidikan sekolah menengah terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
- Pendidikan menengah rendah (Tingkatan 1 – Tingkatan 3)
- Pendidikan menengah atas (Tingkatan 4 – Tingkatan 5)
Pada akhir Tingkatan 5, para pelajar perlu menduduk peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Melalui keputusan SPM inilah mereka akan menentukan samada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS ataupun memulakan kerjaya dalam pekerjaan.
Terdapat 2 sekolah menengah yang berhampiran dengan Kg Tersusun Batu 8 iaitu :
a) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU KINTA (SMKUK)
Pada tahun 1975 sekolah ini mula dibina bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke peringkat menengah selepas tamat peringkat darjah di SKPPH. Ia mula dirasmikan pada tahun 1977 dimana sesi persekolahan bermula dengan pengambilan pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1 dan penamaan sekolah pada awalnya ialahSekolah Menengah Rendah Ulu Kinta. Sepuluh tahun kemudiannya sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Ulu Kinta (SMKUK).
b) SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU PUTRA (SMKBBP)
SMK Bandar Baru Putra terletak 10 km dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam kawasan perumahan Bandar Baru Putra. Keluasan kawasannya adalah 4.80 hektar (11.87 ekar). Sekolah ini dibuka pada tanggal 1hb Ogos 2009 dan diuruskan oleh dua orang pengurus operasi iaitu En Abdul Rahman bin Mohd Basir dengan dibantu oleh En. Shaharuddin b Sani. Pembinaan sekolah ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perbelanjaannya dianggarkan RM 20 juta. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 4hb Januari 2010, Sekolah inidilengkapi dengan 5 blok iaitu blok pentadbiran, blok akademik, bengkel dan makmal, bilik-bilik khas, kantin dan dewan serba guna. Blok pentadbiran merangkumi pejabat, bilik guru, bilik gerakan, pusat sumber, bilik tayangan, bilik multimedia, bilik kaunseling, bilik peperiksaan dan bilik fail.
Bandar Baru Putra,
31400 Bercham, Ipoh.PerakNo . Tel : 05 – 533 6437Faks : 05 – 533 6470
website : https://smk2bp.wordpress.com/