Tarikh : 15 Mac 2025 |
Masa : 9.00pagi – 1.00 t/hari |
Lokasi : NADI Kg Tersusun Batu 8 |
Peserta : 20 Orang Pelajar Sekolah Orang Asli Sg Tonggang |
Tujuan:
Program MCMC : Bersama pelajar Sekolah Orang Asli Sungai Tonggang
Aktiviti:
MCMC telah menyempurnakan kesemua enam sesi pembelajaran dengan sesi terakhir berlangsung di NADI Kampung Tersusun Batu 8, Tambun, Perak, pada 15 Mac 2025.
Sesi pagi dimulakan dengan ceramah oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertajuk “AI and Smart Skills: Building a Future-Ready Generation”. Perkongsian ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kecerdasan buatan (AI).
Pada sesi tengah hari, peserta terlibat dalam program TinyTechies oleh NADI, yang memperkenalkan mereka kepada dunia teknologi melalui Modul Future Skills for All (FS4A). Modul ini merangkumi aktiviti interaktif dalam bidang Robotik dan Python.